Sunday, August 1, 2010

Habbatussauda


Abu Hurairah pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada Habbatussauda ada ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam, yaitu maut" . Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119); Muslim(7:25); Ibnu Majah (2:342); Termizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) meneruskan riwayat Sufyan bin 'Uyainah dari Al-Zuhri dan Abu Salamah.

Apakah Habbatussauda?
Nama lain untuk Habbatussauda adalah black seed, black caraway, natura seed, jintan hitam, black cumin, nigella sativa, kaluduru dan pelbagai nama lain lagi mengikut tempat. Habbatussauda adalah berbentuk butiran biji berwarna hitam dan tergolong dalam tumbuhan herba dan rempah-ratus. Habbatussauda telah digunakn sebagai ubat atau herba untuk mengubati  pelbagai jenis penyakit sejak ribuan tahun dahulu oleh masyarakat India, Pakistan , dan Timur Tengah.

Habbatussauda dalam sejarah perubatan dunia.
 Digunakan sebagai ubatan herba sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi dan tercatat dalam banyak catatan ahli perubatan terdahulu seperti Al-Biruni, Ibnu Sina, Ibnu Qayyim, Al-Banghdadi dan Al-Antiki.
Ahli perubatan Yunani kuno,Dioscoredes, pada abad pertama Masihi juga membuat catatan tentang Habbatussauda yang dapat mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan.

Kelebihan Habbatussauda.
  1. Mempertahan tubuh dari sell kanser dan HIV.
  2. Mengatasi gangguan tidur dan tekanan.
  3. Meningkatkan fungsi otak ( daya ingatan dan kecerdasan ).
  4. Sebagai Anti Histamin dan Anti Alergi.
  5. Menyembuh penyakit berkaitan saluran pernafasan.

KITA SEMAKIN KEJAM






Bukak je surat khabar...kalau dalam berita jenayah,mesti je kes same kita akan baca.....BUANG BAYI. kes buang bayi ni semakin menjadi jadi , bukan akhir-akhir ini,tapi dah menjadi jadi sejak 2,3 tahun yang lalu. Ni kes baru ke? Orang dulu-dulu tak buang bayi ke? Kes buang bayi ni memang kes yang baru. Kalau dulu,orang tak nak bela anak ke atau tak mampu nak bela ( kebanyakan orang dulu2 tak mampu nak bela,sebab miskin), diorang akan bagi kat sape-sape yang nak dan sanggup nak bela anak diorang untuk dijadikan anak angkat. Sekurang kurangnya diorang mempunyai nilai kemanusiaan kat anak diorang. Tapi,apa beza dengan kita sekarang? jauh bezanya. Pandai buat anak,tak pandai nak bela, dan tak pandai nak letak bayi diorang kat tempat yang sepatutnya.Mungkin mereka rasa mereka bijak 'letak' bayi diorang kat tempat yang orang tak jumpa. Dalam semak,parit dan tong sampah.Dan mengikut statistik,tempat paling popular untuk buang bayi dan amat menjadi pilihan ibu-ibu 'penyayang' ini adalah dalam tong sampah. Kalau begitu,mereka mensama tarafkan bayi dengan nasi basi,roti yang dah expired,roti canai mamak yang dah keras dan juga tin-tin sardin yang dah berkarat. Wah,sangat tinggi nilai-nilai 'keibuan' diorang. Hakikatnya, semakin lama,kita semakin kejam,semakin jahil. Manusia semakin berilmu, dunia bertambah maju. Adakah ini merupakan cebisan-cebisan kesan akibat kemajuan? Leka mengejar kemajuan, nilai-nilai kemanusiaan disisihkan.Tidak malukah kita kepada haiwan-haiwan? Kalau ibu singa sekalipun,dari mengandung,melahirkan anak dan sehinggalah anak mereka matang dan berupaya untuk memburu sendiri semuanya dijaga dengan rapi.Tidak pernah lagi kita mendengar cerita ada ibu singa yang membuang anak mereka dalam tong sampah, Jangan kan cerita, khabar angin pun tak pernah. Tapi manusia?fikir-fikir kan lah...