Abu Hurairah pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada Habbatussauda ada ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam, yaitu maut" . Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119); Muslim(7:25); Ibnu Majah (2:342); Termizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) meneruskan riwayat Sufyan bin 'Uyainah dari Al-Zuhri dan Abu Salamah.
Apakah Habbatussauda?
Nama lain untuk Habbatussauda adalah black seed, black caraway, natura seed, jintan hitam, black cumin, nigella sativa, kaluduru dan pelbagai nama lain lagi mengikut tempat. Habbatussauda adalah berbentuk butiran biji berwarna hitam dan tergolong dalam tumbuhan herba dan rempah-ratus. Habbatussauda telah digunakn sebagai ubat atau herba untuk mengubati pelbagai jenis penyakit sejak ribuan tahun dahulu oleh masyarakat India, Pakistan , dan Timur Tengah.
Habbatussauda dalam sejarah perubatan dunia.
Digunakan sebagai ubatan herba sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi dan tercatat dalam banyak catatan ahli perubatan terdahulu seperti Al-Biruni, Ibnu Sina, Ibnu Qayyim, Al-Banghdadi dan Al-Antiki.
Ahli perubatan Yunani kuno,Dioscoredes, pada abad pertama Masihi juga membuat catatan tentang Habbatussauda yang dapat mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan.
Kelebihan Habbatussauda.
- Mempertahan tubuh dari sell kanser dan HIV.
- Mengatasi gangguan tidur dan tekanan.
- Meningkatkan fungsi otak ( daya ingatan dan kecerdasan ).
- Sebagai Anti Histamin dan Anti Alergi.
- Menyembuh penyakit berkaitan saluran pernafasan.

No comments:
Post a Comment